Ada yang bertanya, kelas apa yang saya ikuti. Saya sudah mendaftar di sini.
1) E-Learning syarikat
Hanya untuk kakitangan. Setiap tahun syarikat membelanjakan RM 500 untuk setiap pekerja belajar online. Malangnya peluang ini sukar benar hendak dipenuhi ketika bekerja. Oleh itu, saya cuba memanfaatnya ketika saya bersenang lenang di rumah. Namun terdapat masalah pula bila saya hendak memanfaatkannya. Agaknya sistem belum benar-benar stabil.
2) Kelas membuat laman web - http://bazarshop2u.com/kelasonline/
Saya mengeluar belanja RM 100 untuk kelas ini. Masih terkial-kial memahami tutorial sebenarnya. Kalau sudah stabil barulah saya komen banyak-banyak ya.
3) Belajar bahasa - http://www.tolearnfrench.com/
Jika anda berminat belajar bahasa Perancis, boleh lah ke sini. Saya ke sini cuma mahu memperbaiki bahasa English saya. Saya agak lambat belajar bahasa. Sebab itulah bahasa ibunda sebelah ibu dan sebelah ayah saya hanya mampu memahami. Tetapi tidak mampu untuk bercakap dengan lancar. Ibu berbahasa 'Dalik'. Ayah pula berbahasa 'Bintulu' dengan keluarga masing-masing. Di Sarawak, setiap daerah mempunyai bahasa masing-masing. Saya dan adik dari kecil cuma berbahasa standard Sarawak. Di pejabat, setakat business writing dan presentation tu boleh lah. Tapi sebenarnya saya belasah sahaja. Esei atau untuk membuat ayat yang canggih saya tidak mampu. Semasa di universiti, grammar saya cukup makan sahaja. Tapi public speacking saya A. Aneh kan? Mungkin kerana sikap saya yang selamba sahaja memudahkan semuanya.
4) Jika mahu bermain matematik, di sini juga ada http://www.hoodamath.com/games/dressupaddition.php
Semasa hamil, perlulah membuat banyak latihan otak. Membaca, membuat latihan matematik, mendengar muzik, membaca A-Quran. Semuanya untuk merangsang bayi sejak dalam kandungan. Itulah yang cuba saya lakukan sebanyak mungkin. Kasihan Harith, semasa hamil dia dulu saya selalu tertekan dengan beban kerja. Tidak banyak rangsangan yang saya buat.
Nota : Tiada gambar hiasan hari ini. Tidak dapat pula nak upload. Entah apa masalahnya.
Tuesday, November 10, 2009
Monday, November 9, 2009
Day 48 : Fokus yang hilang
Hujung bulan ini Hari Raya Qurban. Bagaimana agaknya? Perlukah membuat persiapan? Rasanya tiada apa sangat yang hendak disiapkan. Lagipun pasti sibuk mengemas barang-barang untuk berpindah ke rumah sewa baru. Tidak mengapalah. Ada 3 minggu lagi. Sejak punya talian internet tanpa had ini, saya agak hilang arah tujuan. Banyak sangat laman web yang mengganggu fokus. Saya perlu disiplinkan diri menghabiskan tutorial online kelas-kelas yang sudah didaftar. Besok perlu lebih fokus. Harap-harapnya begitu.
.jpg)
Nota : Harith hairan melihat kereta bergerak diatas 'speaker'yang disambung ke laptop. Kereta akan bergerak apabila muzik berkumandang. Tidak bergerak dia memandang. Satu rekod dia duduk tidak melompat-lompat selama 2 jam.

Day 47 : Hujung minggu
Sabtu lalu cuma suami keluar mengambil kabinet televisyen yang dibeli di e-bay. Satu cara berbelanja dengan selesa disamping kos yang lebih murah. Asalkan dapat digunakan sementara kami di sini, itu sudah memadai. Berbelanja dari e-bay memang memudahkan. Tambahan sistem pos juga efisien. Bayar hari ini. Lusa sudah encik posmen mengetuk pintu rumah membuat penghantaran. Cuma saya belum cuba membeli belah barangan dapur secara online. Suami tidak habis-habis mahu saya membuka akaun. Supaya senang membeli online. Hehe. Baik kan suami saya. Cuma saya yang agak keberatan. Bukannya apa, takut tidak terkawal pula jika saya punya mandat untuk membuat keputusan. (-: Maklumlah rambang mata.
Ahad kami mencari pakaian bayi di carboot. Dapat 3 pasang. Cukuplah buat setakat ini. Banyak lagi masa. Harith seperti biasa mahukan habuannya. Dia mendapat set permainan gerudi jenama Marc and Spencer yang kami perolehi 1 pound. Hehe. Bukannya dia main lama pun nanti. Cukup seminggu sudah bosan. Jadi tidak mengapalah mengumpul mainan carboot sahaja.
Kasihan suami tidak dapat memandu ke sekolah pagi ini. Ais keras menyelaputi cermin kereta. Kami yang tidak berpengalaman ini, belum menyiapkan diri dengan kelengkapan khas menyambut kedatangan salji. Terpaksalah dia menaiki 'train' hari ini. Sebenarnya menaiki 'train' lebih selesa kerana tidak perlu menghadapi kesesakan lalu lintas. Cuma cabarannya ialah cuaca sudah mula sejuk. Itu baru 'selamat datang musim salji'. Belum lagi salji sebenar turun.

Nota : Sekadar gambar hiasan. Harith bersiap sebelum keluar rumah.

Sunday, November 8, 2009
Day 46 : Harith dan tandas
Harith dah berumur 3 tahun. Tapi belum dapat membuat ayat. Agaknya kerana kurang bergaul dengan rakan sebaya. Yelah, dia cuma menonton Cbeebies sepanjang hari. Tapi selalu juga saya mengajarnya membuat ayat pendek. Dia mahu dan dapat mengikut. Keadaan ini menyukarkan saya untuk melatihkan ke tandas. Dia masih menggunakan lampin pakai buang. Rumah di sini pula semuanya ber'carpet'. Takut juga untuk tidak memasang lampin sementara melatih ke tandas. Ada idea lain ke?
.jpg)
Nota : Sekadar gambar hiasan. Harith menunggu seluarnya kering.
.jpg)
Nota : Sekadar gambar hiasan. Harith menunggu seluarnya kering.
Friday, November 6, 2009
Day 45: Layan jiwa
Hari ini saya nak layan jiwa. Oleh itu, sila jangan muntah. Saya suka lagu duet Duta dan Baizura Kahar ini sebab mereka nyanyi selamba sahaja. Macam tak payah nak jerit-jerit dan menggunakan banyak tenaga. Lirik kesukaan adalah di bahagian chorus.
Sejak dari dulu ku mencintaimu
Kau tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku
Yang telah membuatku mencintaimu
Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemu mu
Mungkin ku harap jua kau merinduku
Sebagaimana ku rindumu
Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usia ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu bila tak kau cintaku
Ku kan berjanji menyintamu sayang

Ku kan berjanji mencintaimu sayang
Ku kan berjanji mencintaimu sayang

Nota : Kalau tak silap gambar ini diambil semasa farewell dinner salah seorang rakan suami. Sempat lagi buat aksi romantika. (-:

Day 44: Perspektif

Soalan : Sila lihat gambar di atas. Terangkan apa yang anda lihat.
Jawapan :
1) Encik Ronealdo : Cawan je.
2) Cik Zirafa : Sebiji mug berbunga ros.
3) Encik Bekam : Mug di atas kotak.
4) Puan Zeettty : Mug jenama Aynsley.
Jawapan sebenar (daripada pencipta) : Sebiji mug jenama Aynsley yang diberi nama Elizabeth Rose. Elizabeth adalah nama nenek saudara sebelah bapa.
Rumusan : Kita melihat benda yang sama tapi perspektif kita mungkin berbeza. Apa yang saya rasa betul, tidak semestinya anda percaya dan terima. Kerana anda pasti punya hujah tersendiri. Oleh itu, jangan menilai sesuatu dari satu pandangan saja. Nilai 360 darjah atau luar dari kebiasaan. (-:
Nota : Nama dan watak hanya rekaan semata-mata. Tiada kaitan diantara yang hidup dan yang sudah meninggal dunia. Entry ini ditujukan kepada mommy milan dengan ucapan, mun kau mauk mug macam tok. Email jak aku. Hehehe. (-:
Wednesday, November 4, 2009
Day 43 : Sudah 23 minggu
Lama tidak bercerita tentang bayi. Sudah 23 minggu. Nasib baik ada counter di blog ini mengingatkan saya tentang jumlah minggu. Bukannya saya tidak ingat. Hanya tidak bercerita tentangnya. Bosan juga kalau topik yang sama setiap hari. Tinggal 17 minggu lagi. Itu pun jika dia lahir minggu ke 40. Kalau mengikut sejarah melahirkan Harith, minggu ke 38 sudah selamat melihat ayahanda dan bonda. Harith dilahirkan pada hari pernikahan Siti Nurhaliza.(-: Harith lahir waktu subuh. Selepas tidur beberapa jam, saya menyaksikan siaran langsung pernikahan Dato' Siti dari televisyen hospital. (-:
Oh ya, pengalaman mengandung kali ini agak berlainan. Saya mengalami alahan di awal kehamilan. Bukan seteruk mana. Sekadar pening dan muntah yang saya boleh bilang sebelah tangan. Tidak boleh lama-lama di dalam kereta. Pening dan mual. Benci sekali memandu ketika kesesakan jalanraya. Ketika mengandung Harith, saya langsung tidak muntah. Jalan pun lebih cepat dan tangkas. Sekarang ni jalannya cepat juga. Cuma saya rasa tidak segagah ketika mengandung Harith. Hinggakan asyik diberi amaran oleh rakan-rakan sepejabat menyatakan saya berjalan tidak seperti orang mengandung. Agaknya sebab itu Harith tidak boleh duduk diam. Ada saja aktivitinya. Kerana saya tidak duduk diam ketika mengandungkannya. Kerja saya tidak membolehkan saya duduk diam sebenarnya. Pengurusan acara dan pengurusan program. Semua perlukan saya turun padang walaupun perut sudah memboyot.
Saya juga cepat sensitif kali ini. Pantang teringat sesuatu yang sedih, cepat saya airmata turun mencurah-curah. Kesian suami. Pening dia melayan rajuk saya.
Bayi sudah mula menendang dengan aktif. Tidur malam pun saya lebih suka mengiring sahaja. Sedaya mungkin saya perdengarkan bacaan surah Yusuf, surah Luqman dan surah Maryam dari Al-quran digital saya setiap hari. Tidak ketinggalan saya bacakan surah Yasin supaya dipermudahkan segala urusan. Kini saya giat bermain 'brain game'. Supaya otak ada aktiviti mencabar. Syukur mengandung kali ini saya tidak berdepan dengan tekanan kerja. Teringat lagi, betapa saya berani bergaduh mulut dalam dua insiden berbeza di pejabat. Gara-gara hormon tidak stabil barangkali.

Nota : Sekadar gambar hiasan. Harith di'bungkus' kain ketika makan sendiri. Tidak mahu saya menyental pakaian kotornya. Kain yang kotor tidak mengapa.

Subscribe to:
Posts (Atom)